Selasa, 2 April 2013

Nikmat Adalah Rezeki

Pernahkah anda merasa nikmat? Saya yakin setiap daripada kita pernah merasakan nikmat!
Nikmat itu rezeki. Ada pelbagai cara untuk mencari nikmat. Dan ada pelbagai nikmat didalam dunia.

Nikmat kesihatan, nikmat kesenangan, nikmat ketenangan, nikmat kekayaan, nikmat kemudahan
dan 1001 nikmat lagi yang ada didunia ini.

Adakah kita pernah terfikir, apabila kita mendapat sesuatu yang kita suka itu adalah rezeki kita.

Saya percaya ramai diantara kita sudah tahu dan sedar akan perkara ini. Mencari ilmu dan 
mendapat ilmu yang memberi satu pengalaman baru atau memberi satu harapan baru adalah
nikmat rezeki daripada Allah swt.

Dalam kursus HIDUP TENANG REZEKI TERBUKA LUAS @ kursus 7P ada saya kongsikan
bagaimana untuk menarik rezeki dengan mengunakan syukur.

Bersyukurlah kita setiap masa, mudah2an rezeki kita dilimpahkan olehNya.

Khamis, 12 Januari 2012

Kesan Positif...

Kesan krusus 7p boleh dilihat atau akan terasa serta merta. Kesannya akan lebih bertambah hari demi hari, minggu ke minggu, bulan dan seterusnya...

Setiap sikap yang cuba kita ubah. Jika dilakukan berterusan ianya menjadi lebih terasa dan menjadi sebati dengan diri kita. Bila dah sebati.. secara automatik KESANNYA AKAN KEKAL.

Kenapa kita tidak mahu kekalkan jika ianya membawa kepada hasil yang positif..? Masalahnya macammana untuk mengekalkankannya?

Nak 1000 daya, jangan berdalih lagi. Gunakan DAYA kehendak itu untuk mengatasi DALIH yang sentiasa mencari ALASAN.

Wajib tahu cara dan rahsianya, lalu lakukan berterusan.. pasti kejayaan didepan kita. INSYAALLAH..

Rabu, 11 Januari 2012

Apa perniagaan yang seeloknya untuk aku?

Terlalu ramai orang keliru dan serba salah untuk memilih jenis perniagaan. Pelbagai kaedah dan
teknik sudah dilakukan, hasilnya masih sama.. Apa yang perlu dilakukan?

Ada.. ya, sebenarnya ada cara untuk menyelesaikan masalah ini. Lain orang lain pula caranya..
Gunakan kaedah rasa, perasaan dan naluri...

Bagi saya, semua jenis usaha atau perniagaan adalah sesuai untuk semua orang. Tinggal lagi, kesanggupan kita saja.

Tetapi apa pun memang ada cara untuk mengatasi masalah ini..

Selasa, 10 Januari 2012

Pasti Berhasil...

Setiap usaha yang sdr buat pasti ada hasilnya.. tambahkan ilmu setiap hari, perbaiki usaha setiap masa. Buat kaji selidik hasil yang kita perolehi. kalau kita malas buat semua itu.. akibatnya kita juga yang tanggung.

Kita sebagai manusia semestinya sentiasa mengharapkan hasil yang terbaik... Adakah kita bayar apa yang kita harapkan? Bayaran yang mahal, semestinya sesuatu yang berharga.

Apapun yang kita harapkan, hendaklah selaras dengan pengorbanan kita. Hukumnya sangat adil.
Inilah yang dinamakan hukum keadilan segajat.

Jika sdr kecundang, carilah puncanya.. pasti sdr akan temui jawapannya...

Ahad, 1 Januari 2012

Rezeki Ada Di Sekeliling Anda...

Raihlah rezeki yang sentiasa ada disekeliling kita.. Kita cuma perlu tahu cara bagaimana untuk mendapatkannya. Lain orang lain pula caranya.. carilah.. yang penting HALAL!

Kekuatan dalaman dan luaran mestilah selaras, supaya hasilnya nanti tidak mengecewakan anda.. lihatlah bagaimana orang lain mencipta rezeki, kejayaan, kekayaan dan kebahagiaan..

Belajar dari mereka dan tiru mereka... Mungkin anda, suatu ketika dulu pernah berjaya dan kaya.. cuba fikir balik. Apa yang anda lakukan waktu itu. Dan Cuba fikir balik ketika anda jatuh, apa sebab anda jatuh..

Renung dan cari penyelesaian sendiri, atau boleh belajar daripada seseorang yang memang layak untuk anda buat rujukan...